Saturday, 18 January 2014

Kesan Nikotin



· Tindakan NIKOTIN menyerupai asetilkolin, iaitu sejenis biokimia semulajadi dalam badan.

· Tindakan nikotin adalah lebih khusus pada otot, kelenjar dan sistem saraf.

· NIKOTIN berupaya membebaskan beberapa bahan kimia semulajadi yang lain untuk mempengaruhi fungsi otak, merencat tapak-tapak khas (reseptor) di badan, khasnya sistem saraf autonomik yang mengawal kadar jantung, tekanan darah, dan otak.

· Keadaan ini berlaku dalam beberapa saat sahaja.

· Kesan secara umum ialah tindakannya ke atas otak iaitu rasa khayal dan 'ringan' pada permulaan rangsangan otak.

· Kesan pada otak boleh menyebabkan seseorang mengalami tolerans, iaitu penyesuaian badan terhadap kesan-kesan seperti mual, muntah-muntah, atau kepeningan yang sering dirasakan apabila mula-mula merokok.

· Keadaan tolerans inilah yang seterusnya mendorong kepada kesan ketagihan atau pergantungan kepada nikotin.

· Umumnya nikotin tidak menyebabkan barah, tetapi dalam proses merokok, perubahan kimia boleh berlaku dan menyebabkan bahan ini menjadi karsinogenik.

· Akibat rangsangan otak, kesan nikotin pada saluran darah dan jantung menjadi ketara.

· Apabila terlalu banyak merokok, nikotin akan menekan kadar jantung dan tekanan darah, berlakunya kurang selera makan dan penurunan berat badan yang ketara berbanding dengan mereka yang tidak merokok.

· Keadaan ini berkaitan dengan pengaruh nikotin ke atas hormon-hormon tubuh.

· Seseorang akan menghadapi kesan-kesan yang berbeza bergantung kepada cara menghisap rokok yang juga berbeza-beza.

· Ia bergantung kepada cara seseorang itu menyedut dan kadar kekerapan sedutannya.

· Tambahan pula setiap rokok mempunyai kandungan nikotinnya tersendiri. 

· Amalan merokok berterusan akan memberi kesan kepada tisu-tisu lain menyebabkan penyakit bronkitis (radang dalam saluran pernafasan), penyakit jantung dan penyakit saluran darah.